Saturday 10 September 2011

Fadhilat Syawal - Syawal Bulan Istimewa

Memasuki Ramadhan, biasanya kita mengucapkan Marhaban Ya Ramadhan! 
Tapi untuk bulan Syawal, tidak pernah kita mendengar orang mengucapkan 
Marhaban Ya Syawal! Padahal, Syawal juga bulan istimewa dan memiliki 
keutamaan. Inilah beberapa keistimewaan bulan Syawal.
 
Bulan Kembali ke Fitrah
Syawal adalah bulan kembalinya umat Islam kepada fitrahnya, diampuni 
semua dosanya, setelah melakukan ibadah Ramadhan sebulan penuh. 
Paling tidak, tanggal 1 Syawal umat Islam "kembali makan pagi" dan 
diharamkan berpuasa pada hari itu.Ketibaan Syawal membawa kemenangan 
bagi mereka yang berjaya menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadhan. 
Ia merupakan lambang kemenangan umat Islam hasil dari "peperangan" 
menentang musuh dalam jiwa yang terbesar, 
iaitu hawa nafsu.
 
Bulan Takbir
Tanggal 1 Syawal, Aidilfitri, seluruh umat Islam akan bertakbir. Maka, 
bulan Syawal pun merupakan bulan dikumandangkannya takbir oleh seluruh 
umat Islam secara serentak, paling tidak satu malam, yakni begitu malam 
memasuki tanggal 1 Syawal menjelang sembahyang raya.
Gema takbir merupakan ungkapan rasa syukur atas hasil ibadah 
Ramadhan selama sebulan penuh. Kemenangan yang diraih itu tidak akan 
tercapai kecuali dengan pertolonganNya. Maka umat Islam pun 
memperbanyakkan zikir, takbir, tahmid, dan tasbih."
"Dan agar kamu membesarkan Allah atas apa-apa yang telah Ia 
memberi petunjuk kepada kamu, dan agar kamu bersyukur atas 
nikmat-nikmat yang telah diberikan" (Surah Al-Baqarah: Ayat 185).
 
Bulan Silaturrahim
Dibandingkan bulan-bulan lainnya, pada bulan inilah umat Islam digalakkan 
mengeratkan silaturrahim dengan kunjung mengunjungi saudara masa, 
sahabat handai dan jiran tetangga. Betapa Syawal pun menjadi bulan penuh 
berkah, rahmat, dan keampunan.
 
Bulan Ceria
Syawal adalah bulan penuh ceria dengan kanak-kanak mengenakan pakaian 
baru dan bersalaman antara satu sama lain dengan maaf memaaf, bahagia 
dan mengucapkan syukur.
 
Puasa Satu Tahun
Rasulullah SAW menganjurkan supaya umat-Nya berpuasa enam hari dalam 
bulan Syawal yang ganjaran pahala sama seperti berpuasa satu tahun.
"Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringinya dengan 
puasa enam hari bulan Syawal, bererti ia telah berpuasa setahun penuh" 
(Hadis Riwayat Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, An-Nasa'i Dan Ibnu Majah)
"Allah telah melipatgandakan setiap kebaikan dengan sepuluh kali ganda. 
Puasa bulan Ramadhan setara dengan berpuasa sebanyak sepuluh bulan. 
Dan puasa enam hari bulan Syawal yang menggenapkannya satu tahun" 
(Hadis Riwayat An-Nasa'i Dan Ibnu Majah).
 
Bulan Nikah
Syawal adalah bulan yang baik untuk menikah. Rasulullah SWT menunjukkan 
sendiri bahwa bulan Syawal baik untuk menikah. 
Siti Aisyah menegaskan: "Rasulullah SAW menikahi saya pada bulan Syawal, 
berkumpul (membina rumah tangga) dengan saya pada bulan Syawal, 
maka siapakah dari isteri beliau yang lebih beruntung daripada saya?".   
Selain dengan Siti Aisyah, Rasul juga menikahi Ummu Salamah juga pada 
bulan Syawal.
 
Bulan Peningkatan 
Inilah keistimewaan bulan Syawal yang paling utama. Syawal adalah 
bulan ”peningkatan” kualiti dan kuantiti ibadah hasil latihan atau ujian 
sepanjang bulan Ramadhan. 
 
Bulan Pembuktian Takwa
Inilah makna terpenting bulan Syawal. Setelah Ramadhan berlalu, pada 
bulan Syawal sebagai "pembuktian" kerberhasilan ibadah Ramadan, 
utamanya puasa, yang bertujuan mendapat darjat takwa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...