Wednesday 30 May 2012

Saturday 12 May 2012

HARI IBU ADALAH “HARAM”

BEWARE!!!!

HARI IBU ADALAH “HARAM” ya Allah baru tahu…

SEBARKAN..

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka.

Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai “Mothering Sunday”. Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac.

Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama.

Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut.

Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan.

Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi ” The Battle Hymn of The Republic” (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika.

Ungkapan “Hallelujah” dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother’s Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia. Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah.

Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika.

Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.



Ustaz, apakah hukum menyambut hari ibu..?

Hari ibu ialah hari mother church atau ibu gereja kristian..
siapa yg nak sambut silakan..
siapa yg rasa takut rosak akidahnya, sebab raikan hari besar kristian ini.. jgn sambut..

Semua fatwa yg bercanggah dgn nas quran dan hadith adalah terbatal secara outomatik..

Betul ke hari ibu haram di sambut?

begitulah kata setengah ulamak..
Nabi saw ajar kita MENGINGATI IBU KITA SEPANJANG MASA..
-Ustaz Azhar Idrus -

sebaiknya ikut cara islam iaitu sepanjang hari ingat kepada ibu yg byk jasanya kpd kita, 
bukan SETAHUN sekali.. 
-Ustaz Azhar Idrus -

hari ibu dan hari bapa ialah hari perayaan bukan Islam..
kenapa kita mesti nak sambut juga? 
kenapa orang barat tak sambut awal muharram atau maulidur Rasul? 
-Ustaz Azhar Idrus -

Hari bapa berasal dari amerika apabila rakyat amerika mahukan bapa (father church) juga turut diiktiraf sebagaimana mother church mendapat pengiktirafan kerajaan dan pihak gereja. 
Hari bapa diiktiraf secara rasmi olih presiden amerika richard nixon pd 1972 dan 
mendapat pujian dari gereja2 seluruh amerika dan canada.. 
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) -

Maksud sabda nabi s.a.w: Kalian akan mengikuti adat tradisi umat sebelum kamu sejangkal demi sejengkal. Sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak (pun), kamu akan mengikutinya juga.

Para sahabat nabi bertanya: Wahai Rasulullah, apakah mereka itu orang-orang yahudi dan Nasrani? Jawab baginda Rasulullah: Kalau bukan mereka, siapa lagi? (Hadis riwayat Abu Said al Khudri )

~Dari fanpage facebook Ust Azhar~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...