Thursday 26 January 2012

Sangat sedih, terharu, sebak.....menangis.....=(

"Pelukan terakhir: Mohd Faizal Jaafar bersama isterinya, Rohana Ahmad memangku jenazah anak mereka Muzaffar, 3 bulan, sebelum dikebumi semalam. Muzaffar dan seorang lagi bayi meninggal ketika dalam jagaan pengasuh di Taman Pertama, Ampang." - Foto Zulfadhli Zulkifli


Baru2 nie dikejutkan dengan berita kematian anak seorg sahabat saya...sgt2 la menyayatkan hati.....tgk gmbr nie mmg buat saya menangis.....sgt2 sedih.....=(


Sahabat saya nie lelaki, 1 kelas mase same2 study kt uitm dulu....anak dia terlibat dlm kes KANAK2 TERSEDAK SUSU DI NURSERY pada 19 januari yg lps....tp mengikut laporan, anaknyer meninggal bukanlah di sebabkan tersedak susu...x tau ape result post moterm tu....sedih,kene buat post moterm plak kt bby yg kecil itu....baru 3 bln setengah....tp 2 bby skali yg meninggal di tmpat yg same.....6bulan sorg lg....nursery tu dh di tutup serta merta....

Di bawah nie saya ambil dari petikan akhbar BERITA HARIAN...

Dua bayi mati tersedak susu di pusat asuhan

KUALA LUMPUR: Dua bayi lelaki dari sebuah pusat asuhan maut dipercayai tersedak susu ketika dalam jagaan pengasuh mereka di Taman Pertama, Ampang dekat sini, tengah hari semalam.

Kejadian jam 1 tengah hari itu dikatakan berlaku tidak lama selepas kedua-dua bayi malang itu, Muzaffar Mohd Faizal, tiga bulan, dan seorang lagi hanya dikenali sebagai Harris, tujuh bulan, diberikan susu di pusat asuhan berkenaan.

Bagaimanapun, kedua-duanya meninggal dunia tidak lama selepas dikejarkan petugas pusat asuhan terbabit ke sebuah poliklinik di Taman Permata sebelum mayat mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Bapa Muzaffar, Mohd Faizal Jaafar, 32, berkata ketika kejadian beliau berada di Kedah kerana urusan kerja sebelum bergegas pulang ke ibu negara selepas dihubungi isterinya pada jam 2.45 petang berhubung kejadian itu.
Beliau berkata, anak keduanya itu dihantar ke pusat asuhan terbabit sejak lebih sebulan lalu dan tidak menyangka kejadian sedih itu akan menimpa mereka sekeluarga.
“Isteri memberitahu dia menerima panggilan telefon daripada petugas pusat asuhan itu jam 2 petang dan memintanya ke sebuah poliklinik di Taman Pertama.
“Sebaik tiba, anak saya disahkan sudah meninggal dunia sebelum dihantar ke HKL untuk bedah siasat,” katanya.
Mohd Faizal berkata, beliau belum memikirkan sebarang tindakan lanjut kerana masih menunggu keputusan penuh bedah siasat selain mahu menguruskan urusan pengebumian jenazah anaknya terlebih dulu yang dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU5, Lembah Keramat hari ini.
Datuk kepada Harris, Abdul Aziz, 51, berkata beliau terkejut sebaik mendapat tahu cucu lelakinya yang baru dua minggu ditempatkan di pusat asuhan berkenaan meninggal dunia kerana dikatakan tersedak susu.
“Saya dimaklumkan yang cucu meninggal kerana tersedak susu, tetapi masih menunggu hasil siasatan polis bagi mengenalpasti punca sebenar kematiannya,” katanya.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mendapatkan laporan perubatan bagi mengenalpasti punca kematian



Nursery tu dkt KL....Taman permata, depan giant katenyer....semoga ALLAH bg petunjuk dalam kes ini...Sblm nie ibunyer pernah hantar yg sulung di nursery yg same tp x pernah lg terjadi seperti ini.....ibunyer baru saje hantar sebulan anaknyer itu di situ sbb baru bekerja....nk buat macamna kn...dh nk jadi...lgpn dh ajal dia kn....ketentuan ALLAH....


" Terpapar di dada akhbar hari ini tentang berita kematian anak Rohana Ahmad dan Abun Nana di Pusat Asuhan di Taman Permata, Ampang. Bertambah sedih dan pilu ketika dikapankan, si ibu menatap anaknya yang telah dijahit semula sepanjang perut hingga ke belakang telinga kerana telah di postmorterm semalam untuk mencari punca kematian. Walaupun dikatakan tersedak susu, namun tidak pasti kebenarannya kerana report postmorterm belum keluar lagi. Yang pelik dua baby mati serentak di nursery yang sama. Ya Allah, sangat sedih bila dengar berita Nana berkata-kata dengan baby muzaffarnya , 3 bulan lebih, ketika Nana riba mayat anaknya di dalam kereta, "maafkan mama sebab mama gi kerja" huhu...anak mati di tangan pengasuh...Nana, dari semalam sampai hari ni nisa juga turut menangis..mengenang kan apa yg terjadi...dan terbayang nasib anak nisa di nursery....Semoga roh arwah baby muzaffar dicucuri rahmat dan ditempatkan disyurga dan menanti Nana ngan Abun untuk ke syurga bersama. InsyaAllah --------------- Maafkan mama anak2..(Y____Y)"


Sambil mengesat air mata selepas membaca yg di atas....


MUZAFFAR bersama ibunya....Tengok la betape comelnyer bby MUZAFFAR nie....
yela,bby mane yg x comel kn....=(

Anak yg suci bersih nie sememangnyer SYURGA tempatnya....
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat:”Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hamba-Ku? Malaikat menjawab:”Ya.” Allah bertanya lagi: “Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya?” Malaikat menjawab:”Ya”. Allah bertanya kali ketiga:”Apakah kata hamba-Ku?”Malaikat menjawab:”Ia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan “dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali”. Allah Ta’ala memerintahkan malaikat-Nya:”Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu ‘Rumah Kesyukuran’.”

(at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban)
Semoga mama n papa MUZAFFAR tabah menghadapi dugaan ini....kuatkn semangat MY FRIEND

Marila kite same2 sedekahkan AL-FATIHAH utk bby MUZAFFAR....

AL-FATIHAH

AMIN

Saturday 14 January 2012

MULTIVITAMIN YANG TERBAIK UNTUK KU

Salam kawan2 semua.....(^_^)

Topik kali nie is MULTIVITAMIN

Korang mkn multivitamin ape ek?

Bagi saya MULTIVITAMIN sgt penting sbb badan kite memerlukan vitamin yg secukupnye utk mengekalkan kesihatan dan kecergasan sepanjang hari.....betul x?heheh

Macam saya seorg surirumah mmg perlu sihat dan cergas sepanjang hari...yela,dengan melayan kerenah 3 gegurls yg masih kecik lg, dengan keje2 rumah lg...kalu x sihat sape plak yg nk buat semua tu kn...kompem terbengkalai semua keje kalu surirumah ini x sihat....

MULTIVITAMIN nie, abah saya yg rekemenkan....dia kate cergas & sihat je rase badan...tambah2 lg dia berniaga di pasar malam...umur pn dh 59tahun....

Nie la rupenye MULTIVITAMIN yg saya amalkan setiap hari.....
Bagi saya MULTIVITAMIN nie la yg TERBAIK....
Sbb dia mengandungi 12 vitamin/9 mineral/12 pekatan tumbuhan...
Cantik box dia kn...heheh...sng nk bwk ke mane saje....
 
Produk from AMWAY....



Nie refill dia....ade 3 bahagian...

62 multivitamin tablets, 62 multimineral tablets, and 62 concentrate tablets per pack

DOUBLE X Multivitamin / Multimineral / Concentrate
mengandungi Sebatian Tumbuhan Fitinutrien daripada
17 sumber tumbuhan iaitu ceri aserola, alfalfa,
bioflavonoid sitrus, oregano, brokoli, epal, asparagus,
kranberi, anggur, kubis daun, marigold, tomato,
delima, prun, rosmeri, blueberi liar & sej

~ Multivitamin DOUBLE X membekalkan 12 vitamin penting
~ Multimineral DOUBLE X membekalkan 9 mineral penting
~ Concentrate (Pekatan) DOUBLE X membekalkan 12 jenis
pekatan tumbuhan yg berbeza

Tengok kandungan dia, lengkap kn....saya amalkan MULTIVITAMIN nie mmg cergas je rase badan tau...ceeewaaahhh...hehehe...betul tau, x tipu punye....


Tahan 2 bulan tau....saya amik MULTIVITAMIN nie dgn minum susu sbb disyorkan amik dengan sajian...jadi saya amik bersama dgn susu....kalu amik vitamin dgn minum air biase nnt kepala jd pening n rase mcm nk muntah....

SIAP ADE DEMO LAGI BETAPE BAGUSNYER MULTIVITAMIN NIE...hehehe




Kalu nk try blh email je saya.....heheh....
saya bg special price utk kengkawan BLOG saya (yg dh jd follower blog saya)
 
Blh KLIK SINI untuk info lebih lanjut

Thursday 12 January 2012

TERJEBAK DENGAN BIZ

Mulanyer suke2 je, yela, surirumah kn, dari ddk saje dpt la MASYUK skt kn..jd ler w/pn...hehehe...

Saya mule hanya dgn dropship je dulu...xde modal lg nk beli buat stok...bile dh ramai customer yg beli baru la ade org kenal dan tau kite ade jual brg nie...so skrg dh blh beli buat stok utk di jual...


Nie la brgnyer yg saya jual...KORSET 1 PIECE yg membantu utk mendapatkan bentuk badan menarik...heheh...senang je nk pakai,skali sarung je tau...panty pakai diluar jd x perlu bukak korset bile di toilet...

Nak tau lebih lanjut blh klik - SINI

Ade produk lain jgk - SINI
 


Cheritera Hati First Giveaway

Salam kengkawan semua...

Kali nie nk mencuba nasib utk menyertai CONTEST nie...

Hadiah pn nampak menarik...mane tau ade rezeki kn...(^_^)

Jom kite JOIN....

(Klik Image)


Saya nak TAG 2org kawan blog saya nie:-

Edaejai

Zehan-Ann

GOOD LUCK 4 ME

(^_^)

Friday 6 January 2012

RESEPI IKAN SIAKAP KUKUS BERSOS TIRAM


>>>BAHAN2NYER:

*Sukatan ini utk ikan bersaiz besar yg macam saya masak nie...;-)

-Ikan siakap saiz besar (ikan lain pn blh ikut kesesuaian yer)
-4 sudu besar sos tiram
-3 sudu besar sos cili
-3 sudu besar sos tomato
-5 ulas bwg putih - dimayang
-halia sebesar ibu jari - dimayang
-2 ulas bwg merah - dimayang
-1-2 biji cili merah
-1 sudu besar gula
-daun limau purut
-garam secukup rasa
-1 biji limau nipis

>>>CARA2NYER:

-didihkan air untuk mengukus ikan sementara menyiapkan bahan2nyer
-lumur ikan dengan garam, gula dan limau nipis (perah setengah biji dulu)
-tuangkan sos tiram, sos cili n sos tomato atas ikan (blh campurkan air kalu nak ade kuah sikit)...tp jgn byk sgt sbb nnt air ikan keluar mase mengukus
-kemudian taburkan bahan2 yg telah dimayang
-last perah lg setengah biji limau nipis tadi ke atas ikan
-masakla lebih kurang 10minit sehingga ikan masak

SELAMAT MENCUBA

Monday 2 January 2012

WAKTU TERBAIK MINUM AIR KOSONG

TAHUKAH ANDA KELEBIHAN MINUM AIR KOSONG KETiKA PERUT KOSONG??

Ia adalah popular di Jepun hari ini untuk minum air dengan serta-merta selepas bangun dari tidur setiap pagi. Di samping itu, ujian saintifik telah membuktikan nilainya. Kami menyiarkan penerangannya di bawah ini penggunaan air untuk para pembaca. Bagi penyakit lama dan serius serta penyakit moden rawatan air telah didapati berjaya oleh masyarakat Jepun perubatan sebagai ubat 100% bagi penyakit-penyakit berikut:

Penyakit sakit kepala, sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, kegemukan berlebihan, asma bronkitis, TB, meningitis, buah pinggang dan air kencing, muntah-muntah, gastrik, cirit-birit, buasir, kencing manis, sembelit, semua penyakit mata, rahim, kanser dan gangguan haid, hidung telinga dan penyakit tekak.

KAEDAH2NYA

1. Sebaik shj anda bangun pada waktu pagi sebelum memberus gigi, minum 4 x 160ml gelas air
2. Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit
3. Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
4. Selepas 15 minit sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum apa-apa selama 2 jam
5. Sesungguhnya orang-orang yang sudah tua atau sakit dan tidak mampu minum 4 gelas air pada awal boleh bermula dengan mengambil sedikit air dan secara beransur-ansur meningkat kepada 4 gelas setiap hari.
6. Kaedah rawatan ini akan menyembuhkan penyakit yang tersenarai diatas dan d samping itu anda boleh menikmati kehidupan yang lebih sihat.

Senarai berikut memberikan bilangan hari rawatan yang diperlukan untuk menyembuhkan / mengawal / mengurangkan penyakit utama:

1. Tekanan Darah Tinggi (30 hari)
2. Gastrik (10 hari)
3. Diabetes (30 hari)
4. Sembelit (10 hari)
5. Kanser (180 hari)
6. TB (90 hari)
7. Pesakit arthritis perlu mengikuti rawatan di atas hanya untuk 3 hari pada minggu 1, dan mulai minggu 2 – harian.

Kaedah rawatan ini tidak mempunyai kesan sampingan, namun pada permulaan rawatan anda mungkin perlu kencing beberapa kali.

Adalah lebih baik jika kita teruskan kaedah ini sebagai rutin dalam aktiviti harian kehidupan kita. Ini adalah cara & tradisi orang2 Cina dan Jepun meminum teh panas selepas mereka makan makanan mereka .. bukannya air sejuk. Mungkin tiba masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan! Kita tidak akan hilang apa-apa, segala-galanya untuk mendapat tahap kesihatan yang maksimum ...

Bagi mereka yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat berguna kepada anda.
Bukanlah tidak boleh/bagus untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walau bagaimanapun, air sejuk akan melambatkan pencernaan.

Apabila ini 'enapcemar' bertindak balas dengan asid, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine..Apa yang terbaik adalah minum sup panas atau air suam selepas makan.

Ambil perhatian yang serius untuk serangan jantung:

• Wanita perlu tahu bahawa tidak semua simptom serangan jantung akan menjadi sebelah kiri dada,
• Berhati-hati kesakitan yang teramat sangat pada garis rahang.
• Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa serangan jantung.
• Loya dan berpeluh berlebihan juga tanda-tanda lazim.
• 60% daripada orang-orang yang mempunyai serangan jantung ketika sedang tidur dan tidak bangun.
• Sakit di rahang boleh bangun dari tidur yang kukuh. Mari, Kita hendaklah sentiasa berhati-hati dan sedar.

Lebih banyak kita tahu & pelajari,maka peluang utk hidup lebih panjang dan baik lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...