Thursday 26 January 2012

Sangat sedih, terharu, sebak.....menangis.....=(

"Pelukan terakhir: Mohd Faizal Jaafar bersama isterinya, Rohana Ahmad memangku jenazah anak mereka Muzaffar, 3 bulan, sebelum dikebumi semalam. Muzaffar dan seorang lagi bayi meninggal ketika dalam jagaan pengasuh di Taman Pertama, Ampang." - Foto Zulfadhli Zulkifli


Baru2 nie dikejutkan dengan berita kematian anak seorg sahabat saya...sgt2 la menyayatkan hati.....tgk gmbr nie mmg buat saya menangis.....sgt2 sedih.....=(


Sahabat saya nie lelaki, 1 kelas mase same2 study kt uitm dulu....anak dia terlibat dlm kes KANAK2 TERSEDAK SUSU DI NURSERY pada 19 januari yg lps....tp mengikut laporan, anaknyer meninggal bukanlah di sebabkan tersedak susu...x tau ape result post moterm tu....sedih,kene buat post moterm plak kt bby yg kecil itu....baru 3 bln setengah....tp 2 bby skali yg meninggal di tmpat yg same.....6bulan sorg lg....nursery tu dh di tutup serta merta....

Di bawah nie saya ambil dari petikan akhbar BERITA HARIAN...

Dua bayi mati tersedak susu di pusat asuhan

KUALA LUMPUR: Dua bayi lelaki dari sebuah pusat asuhan maut dipercayai tersedak susu ketika dalam jagaan pengasuh mereka di Taman Pertama, Ampang dekat sini, tengah hari semalam.

Kejadian jam 1 tengah hari itu dikatakan berlaku tidak lama selepas kedua-dua bayi malang itu, Muzaffar Mohd Faizal, tiga bulan, dan seorang lagi hanya dikenali sebagai Harris, tujuh bulan, diberikan susu di pusat asuhan berkenaan.

Bagaimanapun, kedua-duanya meninggal dunia tidak lama selepas dikejarkan petugas pusat asuhan terbabit ke sebuah poliklinik di Taman Permata sebelum mayat mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Bapa Muzaffar, Mohd Faizal Jaafar, 32, berkata ketika kejadian beliau berada di Kedah kerana urusan kerja sebelum bergegas pulang ke ibu negara selepas dihubungi isterinya pada jam 2.45 petang berhubung kejadian itu.
Beliau berkata, anak keduanya itu dihantar ke pusat asuhan terbabit sejak lebih sebulan lalu dan tidak menyangka kejadian sedih itu akan menimpa mereka sekeluarga.
“Isteri memberitahu dia menerima panggilan telefon daripada petugas pusat asuhan itu jam 2 petang dan memintanya ke sebuah poliklinik di Taman Pertama.
“Sebaik tiba, anak saya disahkan sudah meninggal dunia sebelum dihantar ke HKL untuk bedah siasat,” katanya.
Mohd Faizal berkata, beliau belum memikirkan sebarang tindakan lanjut kerana masih menunggu keputusan penuh bedah siasat selain mahu menguruskan urusan pengebumian jenazah anaknya terlebih dulu yang dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU5, Lembah Keramat hari ini.
Datuk kepada Harris, Abdul Aziz, 51, berkata beliau terkejut sebaik mendapat tahu cucu lelakinya yang baru dua minggu ditempatkan di pusat asuhan berkenaan meninggal dunia kerana dikatakan tersedak susu.
“Saya dimaklumkan yang cucu meninggal kerana tersedak susu, tetapi masih menunggu hasil siasatan polis bagi mengenalpasti punca sebenar kematiannya,” katanya.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mendapatkan laporan perubatan bagi mengenalpasti punca kematian



Nursery tu dkt KL....Taman permata, depan giant katenyer....semoga ALLAH bg petunjuk dalam kes ini...Sblm nie ibunyer pernah hantar yg sulung di nursery yg same tp x pernah lg terjadi seperti ini.....ibunyer baru saje hantar sebulan anaknyer itu di situ sbb baru bekerja....nk buat macamna kn...dh nk jadi...lgpn dh ajal dia kn....ketentuan ALLAH....


" Terpapar di dada akhbar hari ini tentang berita kematian anak Rohana Ahmad dan Abun Nana di Pusat Asuhan di Taman Permata, Ampang. Bertambah sedih dan pilu ketika dikapankan, si ibu menatap anaknya yang telah dijahit semula sepanjang perut hingga ke belakang telinga kerana telah di postmorterm semalam untuk mencari punca kematian. Walaupun dikatakan tersedak susu, namun tidak pasti kebenarannya kerana report postmorterm belum keluar lagi. Yang pelik dua baby mati serentak di nursery yang sama. Ya Allah, sangat sedih bila dengar berita Nana berkata-kata dengan baby muzaffarnya , 3 bulan lebih, ketika Nana riba mayat anaknya di dalam kereta, "maafkan mama sebab mama gi kerja" huhu...anak mati di tangan pengasuh...Nana, dari semalam sampai hari ni nisa juga turut menangis..mengenang kan apa yg terjadi...dan terbayang nasib anak nisa di nursery....Semoga roh arwah baby muzaffar dicucuri rahmat dan ditempatkan disyurga dan menanti Nana ngan Abun untuk ke syurga bersama. InsyaAllah --------------- Maafkan mama anak2..(Y____Y)"


Sambil mengesat air mata selepas membaca yg di atas....


MUZAFFAR bersama ibunya....Tengok la betape comelnyer bby MUZAFFAR nie....
yela,bby mane yg x comel kn....=(

Anak yg suci bersih nie sememangnyer SYURGA tempatnya....
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat:”Adakah kamu telah mengambil nyawa anak hamba-Ku? Malaikat menjawab:”Ya.” Allah bertanya lagi: “Kamu telah mengambil nyawa buah hatinya?” Malaikat menjawab:”Ya”. Allah bertanya kali ketiga:”Apakah kata hamba-Ku?”Malaikat menjawab:”Ia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan “dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali”. Allah Ta’ala memerintahkan malaikat-Nya:”Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu ‘Rumah Kesyukuran’.”

(at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban)
Semoga mama n papa MUZAFFAR tabah menghadapi dugaan ini....kuatkn semangat MY FRIEND

Marila kite same2 sedekahkan AL-FATIHAH utk bby MUZAFFAR....

AL-FATIHAH

AMIN

5 comments:

  1. Al Fatihah....

    sayu sangat...yg masih takde anak pun terasa naluri ibu, apatah anak sendiri...

    ReplyDelete
  2. sangat sedey.. sebab my baby hasnaa pon baru 3 bulan stengah.. rase nak nanges... =(

    ReplyDelete
  3. mmg sedey tau...menangis...dun worry ngn bby eda...cume kite beringat n berhati2 je sbb x semua tmpt pengasuh itu selamat...kite selidik betul2 dulu...kalu dh ramai sgt bby yg nk d jaga baik jngn ltk anak kite kt situ, tkt x terjaga...

    ReplyDelete
  4. akakpun sangat sedih masa baca kat paper dan tengok tv.. moga emak ngan bapanya tabah menghadapi musibah ini... memang sangat comel baby itu...

    ReplyDelete
  5. sedih sangat bile dapat tau ttg berita nie..x terkata ape dah...

    salam..saya wina dari RH, salam kenal :-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...