Saturday, 17 September 2011

Kebaikan & Khasiat Koko


 Kali nie nk citer pasal KOKO.....tau mkn je kn tp x tau ape khasiat dia.....semua org suke koko @pun coklat kn.....yela koko terdapat dlm coklat, milo, minuman coklat & lain2 yg bahannyer mengandungi koko....saya mmg penggemar coklat termasuk anak2....tambah2 lagi bile time 'moon terbit' setiap bulan, mmg saya akan jadi giler coklat kejap.....bukan giler sampai mcm jadi otak 3 suku ok......(",)

 My Favourite nie ^_^

Jom baca dengan relax jap pasal KOKO nie...... 

Kandungan lemak dalam koko beerti minuman koko dapat menyumbang lebih tenaga berbanding dengan minuman kopi dan teh.

Koko apabila dicampurkan dengan susu dan gula akan menjadi minuman yang berkhasiat dan theobromine dan kafein (masing2 lebih kurang 2% & 0.1% dalam serbuk koko) pula bertindak sebagai perangsang selain sebagai minuman panas. Pernah dinyatakan bahawa susu bertambah baik dengan adanya koko yang bertindak membantu mengubah pembentukan susu beku di dalam perut.

Walaupun telah dinyatakan bahawa coklat dimakan untuk suka2 sahaja dan bukan kerana khasiatnya, tetapi sebenarnya ia mengandungi 'milk soilids' antaranya 'butter fat', protein susu, kalsium dan lain2 'minerals' dan vitamin2.

Kebaikan & Khasiat Koko & Nilai Zat Pada Coklat, 
Lemak Koko & Serbuk Koko

Kesan antioksida poliphenol dalam koko
Khasiat biji koko terhadap kesihatan adalah diperolehi daripada kandungan polyphenols yang tinggi seperti flavanoids. Kandungan yang paling penting didapati dari koko adalah flavan-3-ols atau lebih dikenali sebagai catechin. Flavanoids adalah merupakan kumpulan kandungan kimia yang memberikan tindakan antioksida yang kuat

Coklat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
Kajian melaporkan bahawa kuantiti antioksida yang diserap dari koko dan coklat adalah lebih tinggi berbanding wain, teh dan sayur. Pengambilan koko sebagai makan yang kaya dengan antioksida flavanoids dapat mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan kematian akibat penyakit koronori jantung.

Koko meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan
Daripada kajian terhadap tiku, menunjukkan bahawa antioksida yang mengalir semasa dalam keadaan tertekan dan senaman mempunyai kesan yang baik terhadap stamina. Kajian di Jepun menunjukkan bahawa poliphenol dapat menghalang perubahan sikap emosi dibawah tekanan fizikal dan berupaya mengurangkan tekanan.

Koko melambatkan proses penuaan
Penuaan adalah salah satu proses yang mengakibatkan kerosakan radikal. Sehubungan itu, pemakanan yang kaya dengan antioksida memainkan peranan dalam melambatkan proses penuaan. Kajian mengenai proses penuaan telah dijalankan secara meluas dimana jangkamasa hayat bagi manusia yang sihat boleh dilanjutkan selama 5 - 10 tahun dengan mengamalkan pemakanan seimbang yang kaya dengan antioksida. Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Epidemiotologi dari Havard School of Public Health di Boston USA mendapati bahawa penggemar coklat menikmati purata tambahan umur sebanyak 0.95 tahun berbanding bukan penggemar coklat. Ini menunjukkan wujudnya polyphenol sebagai antioksida dalam coklat.

Coklat sebagai makanan berkhasiat
Coklat adalah produk koko yang mempunyai khasiat sebenar dan kandungan nutrien dalam coklat merupakan makanan seimbang
 

Jadi marilah kita sama2 menikmati kelazatan KOKO


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...